ADA FIBROID MACAM MANA KECUTKAN


Assalamualaikum... Tak semua wanita didunia ini dilahirkan dengan rahim yang sihat dan mampu memberi zuriat.... Wanita sering kali berhadapan dengan masalah berkaitan dengan rahim... terutama FIBROID....

Fibroid, atau nama lainnya ‘Leiomyoma’ atau ‘Myoma’ adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus). Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive). Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid. Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.
Terdapat beberapa jenis fibroid iaitu:
  1. Fibroid submukus – Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim kebahagian dalam rahim
  2. Fibroid Intramural – Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding.
  3. Fibroid Subserus – Membesar di luar dinding rahim
  4. Fibroid Pedunkal – Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari serviks (pangkal rahim)
Gejala/ Tanda
Kebiasaannya,kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom yang nyata. Namun, bergantung kepada saiz dan lokasi fibroid di dalam rahim, serta jarak fibroid daripada servik; ia mungkin akan menyebabkan gejala seperti berikut:
  1. Rasa senak di bahagian bawah abdomen atau tekanan pada pelvis
  2. Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang
  3. Sengugut (dysmenorrhoea)
  4. Masalah pendarahan yang abnormal
    1. Pendarahan antara kitaran haid (intermenstrual bleed)
    2. Tempoh haid yang panjang (prolonged menses)
    3. Darah haid yang banyak (menorrhagia)
  5. Masalah atau sakit ketika hubungan kelamin (sekiranya fibroid terlalu besar)
  6. Kencing tidak lawas atau kerap kencing (tekanan kepada pundi kencing).
  7. Sembelit (tekanan kepada rektum)
Tiada siapa pasti punca sebenar fibroid, tetapi pakar berpendapat ia mempunyai banyak kaitan dengan faktor genetik, hormon, dan persekitaran. Malangnya, tiada cara yang diketahui untuk mencegah fibroid daripada bertambah atau berulang.

Di Shaklee kami mencadangkan ada mencuba seperti yang disenaraikan di bawah: -

1. VIVIX 
2. Omega Plus 
3. Carotomax
4. Vita-Lea
5. Vita E Complek
6. Vita C Plus


Berminat hubungi saya ok.

Post a Comment

0 Comments