Isham sebenarnya menghina Zahid Hamidi
![]() |
| Razali Idris (kiri) bertanyakan Isham Jalil sama ada Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah menawarkan diri meletak jawatan selepas didakwa di mahkamah. |
FMT melaporkan Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris membidas rakan sejawatnya dari UMNO, Isham Jalil yang mempertikaikan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bertanya sama ada Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah menawarkan diri meletak jawatan selepas didakwa di mahkamah.
Katanya, Muhyiddin menawarkan peletakan jawatannya sebagai presiden Bersatu, namun ditolak mesyuarat khas semalam dan perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini.
“Saya nak tanya ketua penerangan UMNO, apakah presiden kamu pernah menawarkan diri meletak jawatan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO atau dalam PAU (Perhimpunan Agung UMNO)?
“Beza presiden Bersatu dengan UMNO seperti langit dan bumi, presiden UMNO dituduh 47 kes, manakala Muhyiddin tujuh kes, tiada tuduhan kemasukan wang dalam akaun peribadi, tetapi presiden kamu ada kegunaan peribadi,” dakwanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Isham menyindir Muhyiddin masih mengetuai Bersatu, walaupun sedang menghadapi tuduhan di mahkamah.
Katanya, sebelum ini pemimpin Bersatu sering mendesak pemimpin UMNO yang mempunyai kes mahkamah meletak jawatan.
“Lepas itu, bila Ketua Penerangan Bersatu (Datuk Wan Saiful Wan Jan) kena dakwa dan letak jawatan, Muhyiddin kata ini standard Bersatu, kononnya bila ada kes mahkamah mereka akan letak jawatan.
“Kemudian Muhyiddin kata dia akan letak jawatan jika ada pertuduhan dan dakwaan, tetapi bila sudah ada pertuduhan dan dakwaan, dia tidak letak jawatan sebab kononnya kawan-kawan dia tidak izin,” kata Isham yang juga ahli MKT UMNO.





0 Comments