Syukur


BAB 8: SYUKUR

Jika di suatu masa dahulu, pernahkah anda merasa bahawa iman anda agak nipis seumpama nipisnya kulit bawang merah jika dibandingkan dengan kini? Sekarang adakah ianya sudah menjadi setebal kulit bawang besar ?. Ataupun apa yang anda perasan adalah ia sudah menjadi  semakin nipis lagi daripada nipisnya yang dulu itu?                                                    

Pernah tak, anda merasa bersyukur kerana Allah memilih kita, untuk menjadi diri kita yang sekarang ni. Contohnya, kita boleh belajar kursus dan bidang yang sekian-sekian di universiti  sekarang, wujudnya pekerjaan kita, adanya keluarga kita, adanya pemikiran dan tahap iman kita yang ada sekarang,  yang kita tak pernah fikir pun dulu yang kita akan dapat pun kesemua benda ini.

Dari yang tidak tahu pun apa itu ABC, sampaikan kini boleh menulis post-post kat Facebook, malah menulis buku-buku.
Dari yang tidak tahu apa itu 123, kini boleh ambik ijazah matematik, bahkan sudah boleh menjadi pensyarah dalam bidang pengiraan.
Dari yang selalu tertukar  hati dengan jantung, sampai boleh ambil Kursus Perubatan, membedah badan manusia, menjadi seorang pakar bedah.
Dari seorang yang tiada gigi, sekarang sudah boleh jadi doktor gigi malah boleh ambil kepakaran  dalam bidang pergigian lagi.

Eh, apa yang saya nak ceritakan sebenarnya ni?
Okey. Sebenarnya apa yang nak dikaitkan adalah, kita tidak akan pernah mengetahui apa-apa  yang akan terjadi dalam perjalanan hidup kita pada masa akan datang. Malah ramai antara kita sebenarnya sudah terbiasa untuk selalu melihat diri kita setakat  apa yang berlaku kini. Kita selalu mengeluh akan kekurangan dan kelemahan kita sehingga kita lupa kita pernah kuat selepas lemahnya kita dulu. 
 
Namun tidak dapat dinafikan bahawa  kita juga digalakkan untuk risau akan masa depan,  iaitu risau akan bagaimanakah keadaan iman kita terutamanya di pengakhiran hayat kita nanti. Kerana kita takkan pernah tahu akan keadaan iman kita, menaik atau menurunkah ianya kelak. Terutama sekali bagaimanakah  keadaan “ kesihatan” iman kita pada hari, jam, minit dan saat terakhir hidung kita mengenal oksigen. Iaitu hari kematian kita. Pada hari itu kita akan “ dipinang” oleh malaikat maut untuk membawa kita ke rumah baru bernama kubur. 

Seperti yang kita sedia maklum Iman kita yang menaik satu anak tangga berbanding dulu itu mungkin boleh menjadi setinggi bangunan KLCC jika ianya dibata dengan amal soleh, tetapi kalau kita todak menjaganya  malah  banyak pula berbuat maksiat (dosa) boleh juga ia menjunam ke tahap bawah tanah . Semoga Allah menjaga kita dan memelihara iman kita agar ia sentiasa tertanam kemas di hati kita sehingga sampai waktu kita dijemput untuk menemuinya kelak. Semoga hari yang paling bahagia di dunia ini adalah pada hari kematian kita. Hari kita meninggal dalam keadaan husnul khatimah. Hari kita mulai berehat dari sibuk dan penatnya dunia. Hari kita diusung ke “ taman syurga”. Amin.

Pengajaran dari bab ini adalah, merilah kita bersyukur kerana mendapat apa yang kita ada sekarang yang Allah kurniakan nikmat itu tanpa kita minta.


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, ( At Tin 95: 4-5)

Post a Comment

0 Comments